PENGARAH
Bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek tetapi menjurus kepada bidang perniagaan atas permintaan bapanya yang menjalankan perniagaan dobi di Bangsar.
Mula berjinak-jinak dengan perniagaaan nasi lemak pada tahun 1996 atas persetujuan isterinya dalam usaha mengembangkan perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa.
Setelah mempelajari resepi membuat nasi lemak menerusi ibunya, Puan Normi Tandoh, Halim dan isteri telah membuka gerai nasi lemak di Rawang dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (Cheras).
Pada tahun 2008 hasratnya untuk mengembangkan perniagaan nasi lemak milik ibunya berputik dengan menubuhkan Shaha Coperation Sdn Bhd untuk membuka outlet Nasi Lemak Antarabangsa yang berkonsepkan restoran café di dalam dan luar Negara.
|