1990-an
Keenakan nasi lemak Normi mula mendapat perhatian media apabila Harian Metro menjadi akhbar pertama menulis mengenai kehebatan Nasi Lemak Antarabangsa.
Sejak itu, nama Nasi Lemak Antarabangsa bukan saja terus tersebar menerusi buah mulut orang ramai tetapi juga menerusi liputan media cetak dan eletronik.
Tahun 90-an juga menyaksikan perubahan drastik dalam waktu perniagaan Puan Normi. Sejak memulakan perniagaaan pada tahun 1973, beliau mula berniaga dari pukul 6 pagi hingga sebelum tengahari.
Tetapi atas permintaan para pelanggannya, pada bulan Ramadhan 1994, beliau telah mengubah waktu perniagaan dari 6 petang sehingga 10 malam yang kemudiannya dilanjutkan ke pukul 11 pagi keesokan harinya.
|